Sekarang dh jd seorang ummi kepada si kecil Muhammad Harraz bin Mohd Zafizal. Alhamdulillah putera kami kini sudah berusia 3bln 3week dan Alhamdulillah Allah masih beri peluang untuk menyusukan putera kami dgn susu dr badanku ini walaupun bnyk rintang dilalui..mungkin Allah hendak menguji kesabaran seorang ibu tetapi sebagai seorang ummi yg tabah dan sentiasa berdoa,berusaha,bertawakal dan yakin dgn rezeki Allah..Alhamdulillah,susu ummi semakin banyak untukmu anakku..:)
Amalan yang betul penting untuk mengekalkan pengeluaran dan
menambah susu ibu. Untuk pengetahuan semua, ini adalah tip dan amalan
untuk menambah susu ibu yang wajib diingat :
1. Menyusu dengan kerap atau memerah susu dengan
kerap.
Sekurang-kurangnya 3 jam sekali atau mengikut rutin anak
menyusu. Lebih kerap susu ibu diperah, lebih kerap susu baru akan terbentuk.
Menjarakkan masa terlalu lama atau menunggu breast rasa penuh atau bengkak baru
memerah boleh menyebabkan penurunan jumlah susu dan susu lebih cair bukan
menambah susu ibu.
Kesihatan dan emosi ibu boleh menambah atau mengurangkan
susu ibu.
Setiap usaha dan amalan tidak akan berhasil tanpa izinNya
jadi perbaiki amal ibadat dan mohon dari Allah yang berkuasa supaya menambah
susu ibu.
Doa dan zikir untuk menambah susu ibu.
1. Doa
Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku,
banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk
menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan.
Ya Allah seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini , penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu. Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku
Sambil membaca doa ini letakkan tangan pada payudara dan doa semoga Allah murahkan rezeki untuk menyempurnakan penyusuan susu ibu hingga 2 tahun.
2. Zikir
Zikir Ya Matin (70x) setiap mlm & subuh @ hembuskan
pada air & dibuat minuman.
3. Surah Al-Hujurat & Al-Kauthar
Surah ini menjadi amalan ibu sepanjang mengandung dan boleh
diteruskan dengan niat semoga Allah memurahkan rezeki anak.
4. Ayat dari Surah Al-Baqarah, ayat ke 60
Maksud ayat:"Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon
supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: “Pukullah batu itu dengan
tongkatmu”, (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata
air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat
minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): “Makanlah dan minumlah kamu dari
rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka
bumi."
Ayat 72-73 Surah Yasin
5. Solat sunat Dhuha
Cuba untuk melakukan solat sunat Dhuha dan amalkan doa ini
sebanyak 3kali semasa sujud akhir.
"Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu,
kecantikan itu adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu
kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu
perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."
Jika tidak berkesempatan untuk solat sunat, cukuplah sekadar
berdoa dengan doa dhuha ini.
Semoga para ibu berjaya menyusukan anak anugerah Allah dan
semoga keluarga memahami dan memberi sokongan kepada usaha ibu kini. Renungkan
ayat 233, Surah Al - Baqarah ini.
“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun
penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah
memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara ma’ruf. Seseorang tidak
dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu
menderita kesengsaraan karena anaknya dan seorang ayah karena anaknya, dan
warispun berkewajiban demikian. Apabila keduanya ingin menyapih (sebelum dua
tahun) dengan kerelaan keduanya dan permusyawaratan, maka tidak ada dosa atas
keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, maka tidak ada
dosa bagimu apabila kamu memberikan pembayaran menurut yang patut. Bertakwalah
kamu kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah Maha Melihat apa yang kamu
kerjakan” (2:233)