“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu
bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan
(dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya
ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan
kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk
menerima balasan).” (Surah Luqman: ayat 14)
Susu ibu dijadikan Allah khas untuk keperluan bayi dengan
jumlah dan faedah yang sangat mencukupi. Ia mengandungi kuantiti yang paling
tepat seperti nutrient, protein, lemak dan karbohidrat untuk bayi.
Tiada susu yang setanding susu ibu untuk diberikan kepada
bayi. Jika penyusuan dilakukan secara natural, ia mampu mengeratkan hubungan
antara ibu dan anak. Ia merupakan sentuhan kulit dan rangsangan tersebut turut
dirasai bayi.
Di dalam Islam ada menyatakan bahawa besar pahalanya seorang
ibu yang menyusukan anaknya. Ia menyebut bahawa demi kesihatan anak, ibu
hendaklah menyusukan anak dengan susu ibu. Sejajar dengan firman Allah di dalam
Al-Quran Surah Al-Bakarah Ayat 233 yang bermaksud:
“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun
penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan”
Imam Syafie berkata, “Sihat atau tidak anak itu
bergantung sama ada anak disusui ibu atau tidak walaupun sekali susuan”
Kelebihan dan fadhilat menyusukan anak
1. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada
badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang
diberikannya
.
2. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2
tahun) dan beramal soleh tidak melangar perintah Allah dan taat kepada
suaminya, maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa
syurga wajib baginya.
3. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang
menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
4. Susu ibu menjadikan anak lebih sihat daripada terkena
penyakit terutama selsema dan batuk, InsyaAllah.
5. Dengan memberi air susu ibu kepada anak, pengaruhnya
sangat besar terhadap perkembangan dan kesihatan fizik dan jiwa anak.
6. Jika semalaman ibunya tidak tidur kerana menjaga anaknya
yang sakit, maka Allah S.W.T memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke
jalan Allah.
Begitulah sayangnya Allah pada wanita yang bergelar IBU.
wallahu’alam….